Botani Jambu kuning

Pokok

Pokok jambu kuning tumbuh bersebelahan denai dan sungai.[3] Ia boleh tahan panas dan sinaran matahari terang serta tanah berasid.[2] Tumbuhan berbunga ini boleh tumbuh diantara 10-15 m tinggi dan 5–8 m lebar dan mudah hidup melata secara liar. Kulit batangnya kasar.

Dedaunnya rimbun. Sehelai daunnya berwarna hijau dan berbentuk bujur dengan ukuran 7–22 sm panjang pada 2–9.5 cm lebar. Pucuknya disusun secara berpusar. Kepala bunga atau putik bunga, tumbuh secara awal dalam kedudukan terminal atau axillary yang boleh berkembang hingga 15 cm (6 inci) dalam diameter. Putik bunga boleh menjadikan satu-satu bunga kuning keemasannya menjadi lebih kecil sehingga diameter 1–2 sm.

Bunga

Pembungaan bermula dari kapsul kayu kecil berwarna hijau atau coklat berukuran (1-1,5 cm) yang mengembang antara bulan Ogos dan February setiap tahun. Tetapi menariknya bunganya dapat bertahan bila-bila masa dalam setahun dalam erti kata lain boleh tahan sehingga setahun sebelum gugur.[4] Spesies ini kurang berbunga di tempat iklim sejuk seperti Sydney.[5]

  • Jambak-jambak bunga
    jambu kuning di Brisbane
  • Bunga jambu kuning dari dekat